newborn-baby-wallpaper-TERDAPAT sepucuk surat yang dikatakan dihantar kepada Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abd Rahman kini berlegar di media sosial.

Surat bertarikh 30 Ogos ini dipercayai ditulis seorang suami bagi memaklumkan bahawa dia tidak mahu sebarang penglibatan doktor lelaki ketika proses melahirkan anak oleh isterinya.

Si suami turut menegaskan, sekiranya berlaku sebarang komplikasi yang memerlukan kepakaran doktor lelaki sekali pun, perbincangan dan keizinannya harus diperoleh terlebih dahulu.

Dari satu sudut, si suami ini sangat bagus kerana dia pasti seorang Islam yang mahu menjaga batas aurat isteri.

Sementara dari satu sisi lain, ia mengundang persoalan sama ada doktor wanita yang bertauliah menangani proses kelahiran di Malaysia sudah benar-benar cukup sekiranya setiap ibu bapa mahukan doktor wanita sahaja yang menyambut kelahiran anak mereka.

Biasanya, hospital swasta menawarkan kelebihan boleh memilih doktor yang dikehendaki untuk menyambut kelahiran bayi.

Justeru, mungkin ini sebabnya pengirim surat yang menggunakan nama Mohd Yazif Jamaludin menulis surat kepada pengarah hospital kerajaan tempat anaknya bakal dilahirkan.

Apa pun, didoakan Yazif dan isteri selamat menimang cahaya mata tanpa masalah dan permintaannya dipenuhi pihak hospital.

surat-dr-brsalin

Terima Kasih! Kerana Sudi Like dan Meninggalkan Komentar Pada Artikel ini ✌