sultanjhrPETALING JAYA –  Selepas menjual enam plot tanah di Johor Baru bernilai RM4.5 bilion, Sultan Johor menandatangani perjanjian untuk membeli 20 peratus saham Berjaya Times Square Sdn Bhd (BTS) membabitkan RM250 juta tunai.

Ia bukan pelaburan pertama yang dimeterai Sultan Johor beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada Selasa, Berjaya Assets Bhd memberitahu Bursa Malaysia bahawa syarikat tersebut telah melupuskan saham 150 juta atau RM1 setiap satu, atau 20 peratus kepentingan ekuitinya dalam BTS kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bangunan BTS merangkumi pusat membeli-belah setinggi 12 tingkat, dua menara suite 46 tingkat, lima tingkat tempat letak kereta bawah tanah dan 10 tingkat tempat letak kereta annex.

JUAL

Selain itu, BTS turut terlibat mengendalikan tempat letak kereta dan taman tema, serta anak syarikat lain yang menguruskan Berjaya Waterfront, Johor Baru (sebelum ini dikenali sebagai The Zon di Johor) dengan hartanah berkeluasan melebihi 7.28 hektar di Johor.

Berjaya Assets berkata, pelupusan itu menambah wang tunai segera dan mempelawa Sultan Ibrahim untuk melabur secara langsung dan mengambil bahagian secara aktif dalam hala tuju dan perkembangan BTS.

Beberapa minggu lalu, syarikat pemaju dari China, Guangzhou R&F Properties Co Ltd membeli enam plot tanah berkeluasan 47 hektar di Johor Baru daripada Sultan Ibrahim bernilai RM4.5 bilion atau RM891 per kaki persegi.

Keratan akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.

Keratan akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.

Perjanjian itu mencatatkan rekod selepas beberapa bulan sebuah lagi syarikat dari China, Country Garden Holdings Co Ltd, membeli 22.26 hektar tanah di Danga Bayar bernilai RM376 per kaki persegi dari pemaju lain.

Selain itu, Berjaya Assets merupakan sebahagian daripada Kumpulan Berjaya di mana pada asasnya majoriti dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan.

Beliau merupakan pelabur dalam REDtone International Bhd dan membeli lebih banyak saham pada Julai untuk meningkatkan nilai pegangan sahamnya kepada 13.86 peratus, sekali gus menjadikan beliau pemegang saham kedua tertinggi dalam syarikat telekomunikasi itu.

Pada Mei lalu, Sultan Johor menamatkan 51 peratus kepentingan ekuitinya dalam REDtone Network Sdn Bhd (RN) menerusi transaksi dengan REDtone International yang pegangan saham dalam RN menurun daripada 70 peratus kepada 49 peratus. – The Star

Terima Kasih! Kerana Sudi Like dan Meninggalkan Komentar Pada Artikel ini ✌