logo-SBPenuhPermohonan Kemasukan SBP 2014 Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan 4 secara Online. Menerusi kenyataan rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.

Cara Permohonan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan secara online akan dibuka mulai 1 September 2013 di laman http://public.moe.gov.my/ ATAU http://www.moe.gov.my/

SBP-2014Panduan atau Cara Memohon SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Sebelum membuat permohonan, calon mestilah membaca buku panduan permohonan kemasukan ke SBP Tahun 2014.  Untuk dapatkan buku panduan sila klik BUKU PANDUAN PERMOHONAN SBP 2014 ONLINE
panduan-amSyarat Umum Kemasukan SBP 2014

  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaita

Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 1

  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum

Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 4

  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
  1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.
  2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
  4. Aktif dalam kokurikulum

Tarikh Tutup Permohonan  – 15 Oktober 2013

Terima Kasih! Kerana Sudi Like dan Meninggalkan Komentar Pada Artikel ini ✌

Leave a Reply