Zakar-565x364

Las Vegas – Azab yang dilalui Wesley Warren kini semakin berkurangan.

Lelaki berusia 48 tahun itu yang berasal dari Las Vegas ialah bekas pemilik buah zakar seberat 45 kilogram dan muncul dalam dokumentari baru mengenai azab mempunyai kantung zakar sebesar itu.

Program yang menitiskan air mata itu meninjau secara unik mengenai kesusahannya menjalani kehidupan harian, termasuk terpaksa kencing di tempat duduknya serta memakai pakaian berpenutup kepala sebagai seluar dalam.

Dokumentari itu turut memaparkan detik Warren menjalani pembedahan hidup atau mati selama 13 jam yang akan membawanya semula kepada kehidupan normal.

Warren menghidap penyakit yang dikenali sebagai crotal lymphedema, menyebabkan kantung zakarnya membesar dalam masa tidak sampai dua tahun.

Zakar1 Zakar2

Penyakitnya itu menyebabkan dia pernah diundang menjadi tetamu dalam rancangan televisyen Howard Stern Show dan Comedy Cental.

Warren yang kini menjalani pemulihan di sebuah hospital di California berkata: “Tubuh saya kini menjalani proses penyesuaian. Saya sungguh berterima kasih kepada peminat yang membantu saya.

Saya masih belum boleh banyak bergerak, memandu atau keluar makan malam.

“Namun saya berhasrat melakukannya selepas ini. “Semua ini sebahagian daripada kehidupan menyayat hati yang perlu dilalui untuk pulih daripada kecacatan yang amat teruk.” – The Sun

Leave a Reply

CommentLuv badge

PERHATIAN: Tatkala kita leka membeli-belah, Tatkala kita leka membeli gadget-gadget baru atau tatkala kita bersenang lenang tidak bekerja. Lihatlah kanak-kanak ini yang juga leka bekerja demi sesuap nasi. Apakah perasaan kita bila merenung jauh kedalam matanya ?